Trader Forex Berjaya di Malaysia

Dapatkan sekarang Bonus Deposit 100% Support Floating/Margin

Pasti ramai yang tertanya-tanya di Malaysia, siapa Trader Forex yang Berjaya. Dan ramai juga dengan sinis mengatakan tiada yang Berjaya dengan Trading Forex. Betul kah ini ?
Sebenarnya Forex sama seperti cabang perniagaan lain di mana dari 100 orang yang menceburkan diri dalam perniagaan hanya dalam 5 ke 20% yang berjaya.
Menurut Data daripada US Bureau Of Labor Statistics (BLS) menunjukkan sebanyak 20% orang akan gagal dalam 2 tahun pertama perniagaan, 45% akan gagal dalam 5 tahun pertama perniagaan, 65% gagal dalam masa 10 tahun perniagaan dan hanya 25% perniagaan baru akan kekal bertahan sehingga 15 tahun dan seterusnya

Forex & Financial Intrument Trading

Forex merupakan cabang perniagaan Global dan boleh di akses hampir di seluruh dunia. Carian Forex merupakan antara keyword yang paling tinggi dalam carian google.
Retail Online Trading Forex mula mendapat  perhatian bermula dari tahun 1996, Ketika itu begitu ramai yang teruja dengan dengan industri ini.  Di Malaysia pula Industri ini mula berkembang dengan pesat bermula dari tahun 2006, Pada waktu ini banyak broker-broker dari Luar Negara mula memasuki pasaran Malaysia dan menawarkan pelbagai type instrument trading kepada pelanggan.
Bermula dari tahun 2006 kita dapat saksikan begitu ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk berdagang dalam Forex dan  bermula dari tahun tersebut sehingga ke hari ini kita dapat melihat muka muka baru silih berganti mewarnai industri ini. Kita juga dapat melihat mereka-mereka yang aktif pada awal-awal tahun tersebut kini  tiada lagi  berita tentang mereka. Mungkin hanya sekitar 10- 20% trader-trader lama ini masih boleh bertahan sehingga ke hari ini.


The FX market is the largest and most active financial market in the world. It is open somewhere in the world 24 hours a day, 365 days a year. In 2013, average daily trading in the foreign exchange markets was 4.95 trillion! London remains the world s largest foreign exchange trading center. Figure: shares of global foreign exchange turnover.

Siapa Trader Forex yang Berjaya di Malaysia

Untuk mengetahui siapa trader yang Berjaya di Malaysia sebenarnya agak sedikit sukar untuk di kenalpasti. Ini kerana Trading Forex adalah secara Individu, di lakukan di rumah dan Trading Forex merupakan aktiviti yang tidak sah di Malaysia, Kerajaan tidak menawarkan lesen kepada broker-broker Forex untuk beroperasi di Malaysia. Jadi Trader Forex tiada akses untuk di kenakan cukai. Majoriti broker adalah dari luar negara dan data-data pelanggan ini tidak di dedahkan kepada kerajaan Malaysia.

Oleh itu, Siapa yang memperolehi keuntungan yang banyak atau siapa yang rugi banyak datanya tiada dalam rekod kerajaan atau LHDN.
Disamping itu Mereka yang Berjaya dalam trading Forex ini kebiasaannya tidak akan mendedahkan kejayaan mereka kepada umum, Ini mungkin akan menyebabkan mereka di buru oleh pihak berkuasa terutamanya dari LHDN. Jadi disinilah mengapa kita tidak tahu siapa yang Berjaya dalam bidang Forex ini.

Betul kah Trade Forex boleh Untung dan kaya
Ini adalah soalan yang sering di Tanya apabila orang mula menceburkan diri dalam bidang ini.  Jawapannya Ya memang Trade Forex boleh untung dan menjadi Kaya. Tetapi perlu juga kita ingat untuk mendapatkan Untung dan Kaya dalam Industri ini Modal dan ilmu pengetahuan Trading adalah amat penting sekali.
Jika hanya bermodal 10 USD walaupun kita mempunyai ilmu pengetahuan sebenarnya kita tidak boleh menjadi kaya dan risiko untuk rugi adalah 100 kali ganda berbanding mereka yang bermodal kan 100 Ribu USD.
Begitu juga jika kita mempunyai imu pengetahuan yang tinggi tetapi hanya mempunyai modal 10 USD, selalunya kita akan menjadi mangsa
Untuk Berjaya dalam Trading Forex Modal dan ilmu pengetahuan perlu ada. Dan jika kita mempunyai impian untuk menjadi kaya dalam Trading Forex dengan bermodalkan RM 100 selalunya impian itu hanyalah mimpi.
Ini adalah satu realiti yang harus kita terima. Bukan mudah untuk Berjaya dan kejayaan itu memerlukan sejumlah modal, sejumlah kegagalan dan sejumlah kerugian. Dari situ barulah kita dapat belajar tentang pasaran, dengan ilmu dan pengalaman kita tahu di mana kesilapan dan belajar bagaimana untuk mencari peluang.

Jika tiada yang Berjaya dalam Trading Forex, Bisnes ini akan Mati

Industri ini berkembang dengan pesat bermula dari tahun 2006 sehingga ke hari ini. Kini ia menjangkau usia 15 tahun di Malaysia. Jika trader di Malaysia ini gagal dan kerugiaan semuanya mungkin hari ini tiada lagi broker-broker Forex Di Malaysia. Tiada lagi orang yang berminat untuk trading Forex.
Tetapi hakikatnya dari tahun 2020 ke tahun ini menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dalam industri Forex. Ramai orang-orang baru membuka akaun dan berurusniaga begitu juga orang-orang lama yang sudah 5-6 tahun menyepi kini kembali. Ini kerana Malaysia dan dunia di landa Wabak Covid, banyak perniagaan-perniagaan terpaksa tutup tidak dapat bertahan, rakyat pula di sarankan duduk di rumah jika tiada urusan penting. Dan pada ketika inilah Trading Forex merupakan salah satu Option kepada mereka-mereka yang terpaksa menutup perniagaan. Mereka- mereka yang di buang kerja dan mereka-mereka yang ingin menjana pendapatan kedua dari rumah.
Aktiviti Urusniaga Forex boleh di lakukan selama 24 Jam 5 hari seminggu dan boleh di buat di rumah. Jadi ramai orang mempunyai masa untuk berdagang tanpa perlu keluar dari rumah. Jika anda trading Kripto pula anda boleh berdagang 7 hari seminggu dan 24 Jam.

Adakah Trade Forex itu Susah, dan mendapatkan Profit itu susah.
Jika anda orang baru, ya ia memang susah dan selalunya berakhir dengan kerugian. Tetapi Forex juga sama seperti pekerjaan atau perniagaan-perniagaan yang lain. Seorang yang telah menjadi nelayan selama berpuluh-puluh tahun pastinya akan tahu dengan hanya memandang ke laut, ikan apa akan di perolehi hari ini, adakah laut akan bergelora, di manakan lubuk-lubuk banyak ikan. Begitu juga jika anda seorang trader yang telah bertahun-tahun hanya mengadap chart MT4, tentunya anda dapat mengagak arah pergerakan pasaran. Dalam Trading hanya ada dua BUY atau SELL, market naik atau market jatuh dan kedua-duanya boleh menghasilkan untung jika kita mengenal pasti arah pasaran. BUY ketika Bullish dan SELL ketika bearish

Imu Forex, ilmu yang berharga,
Seseorang yang mempunyai ilmu tentang trading Forex adalah seorang yang Berjaya dan bijak. Ini kerana melalui ilmu tadi beliau boleh menghasilkan duit  dan Ilmu ini boleh di turunkan kepada anak-anak Isteri adik beradik atau kepada kawan-kawan. Ilmu yang bermanfaat pastinya akan mendapat pahala jika kita kongsikan kepada orang lain.

Jadi Seorang Trader yang Berjaya.
Jika anda seorang trader, teruskan berusaha untuk menjadi trader yang Berjaya. Carilah ilmu dan pengalaman sebanyak-banyak nya. Jangan takut dengan kerugian kerana itulah adat nya bagi orang yang berniaga. Jangan takut dengan kegagalan kerana dari situlah kunci kejayaan. Sentiasa berusaha dan selepas itu kita berserah kepadanya. Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha dan air mata.
Bagi mereka yang masih baru, anda boleh belajar dahulu trading dengan mengunakan demo akaun, selepas mahir anda boleh membuka akaun dengan deposit nilai yang kecil untuk pengalaman dunia sebenar. Dan apabila anda sudah mempunyai ilmu dan pengalaman barulah membuat urusniaga dengan lebih serius

Belajar Forex Online setiap hari di Weltrade

Belajar Trade Percuma secara Online Setiap Hari
Jika anda tidak mahir, anda tidak perlu risau kerana weltrade menyediakan kelas pembelajaran Trading secara percuma kepada anda setiap hari
Isnin-Jumaat  Jam 3.30 petang-5ptg FB Page weltrade MY  dan Malam bermula jam 9.30 mlm Isnin-jumaat di FB Page Forex 1 Malaysia

Melalui kelas Online ini Anda boleh mengikuti kupasan-kupasan harian tentang perjalanan harga matawang, emas, minyak dan krypto serta analisa pasaran.
Ulasan tentang jangkaan arah pergerakan pasaran serta huraian dan cara bagaimana untuk membuat prediction akan di terangkan sepanjang kelas berlangsung. 
Program ini di hoskan oleh trader berpengalaman dan mereka akan berkongsi teknik dan pengalaman mereka ketika live berlangsung. anda boleh bertanya sebarang pertanyaan dan berbual secara langsung ketika mereka ke udara.
Program live Belajar Forex ini telah membantu ramai orang yang ingin mendalami ilmu trading dan ramai dari mereka yang telah mengikuti dan membuka akaun mendapat profit ketika trading.

Daftar akaun dan berdagang dengan broker terbaik

Jadi kini tiba masanya untuk kita mula menjana pendapatan dalam Trading Forex, untuk itu pemilihan broker terbaik perlu menjadi keutamaan.

Weltrade sebuah broker antarabangsa berlesen dan telah beroperasi semenjak dari tahun 2006 menawarkan platform terbaik untuk anda berdagang. Anda boleh melihat kelebihan-kelebihan berdagang di weltrade melalui artikel-artikel terdahulu.

Untuk  membuka akaun weltrade anda boleh membukanya melalui pautan link di bawah

https://my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=28439
Untuk mendapat percuma 50 USD sila bukan akaun type Micro dan membuat deposit Minimum 50USD

Weltrade Malaysia
leval 2 Block B
Persiaran KLCC Kuala Lumpur
http://www.weltrade.com
http://www.weltrade.com.my
http://www.majalahtrader.com

Komen anda

Scroll to Top