Fundamental Analisis

Cuti Tahun Baru Cina telah habis. namun bagi masyarakat Cina masih ramai lagi yang bercuti dan perniagaan-perniagaan mereka masih tidak beroperasi. Memandangkan negara China merupakan salah satu kuasa besar ekonomi dunia dan bangsa cina ada di merata-rata di seluruh dunia dan mereka kebiasaannya terlibat dalam akitiviti perniagaan ini seterusnya akan memberi kesan langsung kepada pergerakan ekonomi Dunia dan juga pergerakan Matawang.

Dalam membuat analisa pergerakan matawang Dua analisa yang sering kita gunakan iaitu Teknikal dan Fundemantal. Analisa teknikal lebih mudah di ukur kerana ia adalah perkiraan secara metamatik berdasarkan kebarangkalian daripada tool-tool indikator yang disediakan dalam mengukur arah pergerakan pasaran. manakala Fundemantal pula lebih subjektif dan kita tidak boleh megagak secara tepat tentang impact berita tersebut terhadap matawang. ianya juga sukar untuk di ramal kerana kita tidak tahu bila berita tersebut akan keluar dan apakah implikasi berita tersebut terhadap pasaran. Contohnya kes serangan US terhadap pemimpin tentera tertinggi Iran baru-baru ini, tiada siapa yang tahu tentang perkara ini dan apabila ianya berlaku ia boleh menyebabkan ketidak tentuan matawang USD dalam pasaran seterusnya membatalkan analisa-analisa teknikal terhadap matawang tersebut.

dengan merujuk kepada Forex Factory kita boleh melihat apakah berita-berita terkini ekonomi dan semasa dunia yang ada hubungkait dengan pergerakan matawang. disini kita boleh membuat ramalan tentang halatuju pasaran mengikut kategori impak berita tersebut. sebagai seorang trader anda juga perlu merujuk berita-berita ekonomi yang berkaitan dengan pair currency yang anda ingin dagangkan supaya anda lebih jelas untuk anda membuat keputusan BUY atau SELL. sama halnya dengan sambutan Tahun Baru Cina ini ianya juga berkemungkinan akan mempengaruhi Fundemental Analisis terhadap matawang walaupun kita bukan berdagang dalam currency Yuan

Komen anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top